Sunday, June 9, 2013

Culture

Semalam wedding adik sepupu aku belah ayah aku faham tak ayat yang aku?sori la belit-belit sikit. Masa kecik-kecik dulu memang rapat gila. Bila ayah aku cakap nak balik kampung je, kemain menggeletis lagi. Tak sabar nak main sesama. Tapi bila masing-dah besar, there's a huge gap between us. Maybe sebab masing-masing dah ada life sendiri and aku sendiri memang jarang balik kampung since aku further study. That's why kitorg makin far apart kot. So masa tengok dia semalam rasa macam semalam kitorang main sesama, harini dah jadi bini orang. Sekejap je kan masa berlalu ceh, kemain metaforakan ayat aku. 

Pengantin pakai baju warna dark purple dengan turquoise. Family pakai warna purple. Aku je pakai selendang warna turquoise sebab takde tudung purple. Nasib la. Aku pakai warna apa pun diorang kahwin gak even 3 kali lafaz nebes katanye. 


Me with bride abaikan muka pucat itu


Apa yang aku perasan cara wedding dekat Segamat lain dengan cara wedding dekat Seremban. Dekat Segamat, bersanding pukul 2. Dekat Seremban pengantin bersanding pukul 12, ngam-ngan time guest kebulur nak makan and takde la lama nak tengok pengantin berarak. Semalam memang berlengas la masing-masing tunggu pengantin. Dah la khemah diorang jenis atap zink, takde kipas pulak tu. Kau boleh bayangkan bertapa berlendir nya aku? Ramai yang cabut lepas makan sebab tak sanggup nak tunggu pengantin. Kalau aku pun aku tak sanggup nak menunggu woi.

Lagi satu yang lain nya, kalau kat Seremban lepas settle akad nikah, malamnye ada la majlis berinai and tukar-tukar baju. Tapi pengantin perempuan je. Pengantin lelaki takde. Tapi dekat Segamat, pengantin lelaki pun bersanding sama masa malam berinai.  Masa hari bersanding pulak, after berarak, pengantin lelaki kena bayar tol kalau nak masuk rumah. Part ni aku suka. haha. The other one is, lepas settle majlis, in a week time, pengantin akan datang rumah makcik-makcik or pakcik-pakcik untuk kenal kan wife/husband diorang. Dekat Seremban, sesi suai kenal tu masa hari bersanding je. Lepas tu, pepandai sendiri la macamana nak mengeratkan silaturahim.

Maybe apa yang buat different nya is culture orang bandar and orang kampung yang totally different to each other. Honestly, kalau aku boleh putar masa ni, aku nak grow-up dekat kampung. Sebab orang kampung ni, apa yang aku perasan diorang punya bond bukan James Bond mahupun Yoomes Bond between each other sangat kuat and close tak kira tua or muda. And aku nak mandi sungai and experience benda-benda yang budak membesar dekat bandar tak boleh buat. Mesti hidup aku lagi interesting kan??

Tapi aku tak regret pun dengan life aku  yang grown-up dekat bandar. Sebab aku ada family yang kepala ting-tong, And that make my life more fun and full with laughter even not all the time. ngeh3x


I LOVE THEM malas nak cucuk USB, upload gambar yg lain (-_-)


p/s: Nak touch-up blog ni, tapi macam malas pulak. Ape kena tah dengan aku lately ni. haish (-_-)







Sampai ketemu lagi,


Wassalam (^_^)

Saturday, June 8, 2013

Family

Lama nya tak update blog. Sumpah buzy. Lately,macam-macam happen in my life yang buat aku rasa aku tak mampu nak tanggung. Even now, aku still rasa there's something wrong happen in me which is i can't figure it out. Seriously, i LOST myself!!

Ahh, forget it. Back to the main topic, FAMILY. It's normal kalau ada misunderstanding between our family members right? ke family aku je yg macam tu?? Tapi aku rasa after all the misunderstanding dah clear, kita akan jadi more closer to each other.

For me, aku sangat-sangat rapat dengan family belah ibu aku. And family ibu aku sangat besar. Adik-beradik ibu aku 8 org including my mom. Cucu nenek aku 24 org including me and excluding 2 org yg meninggal. Cicit nenek aku nak masuk 5org. Besar kan family aku?? That's why kalau rumah kitorg nk buat kenduri kena sewa dua khemah macam nak bertunang. Family kitorg je dah penuh satu khemah.

Yang best nya ada family besar ni masa semua berkumpul. Huru-hara rumah. Satu taman boleh dengar suara kitorang. Kadang-kadang sampai tengah malam berborak, gelak-gelak. Makcik-makcik and pakcik-pakcik aku memang semua kepala ting-tong. Makcik pakcik boleh bergurau dengan anak-anak buah macam kengkawan tapi takdelah sampai tahap kurang ajar ye. 

Even kadang-kadang aku sentap dengan diorang, tapi aku still sayang diorang. Sebab bagi aku dalam dunia ni, takde sapa yang sama macam diorang 100%.

Aigoo. Takde arah tuju entry aku ni. Dah la berkurun tak update blog ni. Bila update, update boring entry pulak sebenar nya saja gatal nak update sebab dah lama nau blog ni senyap sunyi. Sorry my dear reader/s ada reader ke blog kau ni?? Famous ke blog kau ni?? Go and find your sense back girl!!! I need to find myself back. I promise u I'll back with the real me baby :*





Sampai ketemu lagi,


Wassalam :)

Friday, May 25, 2012

Nama saya NUR FARRAIN :)

Mase duduk Bangi, i used to have a nickname. MUCHUK. There's a story how i got that nickname. Tapi bukan story yang memalukan and takde kene mengena dengan BO ok. One of my classmate yang mula-mula panggil aku dengan nickname tu. At the end, sume call me by that nickname. Ade yang panggil Muchuk la, Chuk, ade yang panggil Uchuk.

Memang takde sape yang panggil aku Fara time tu. Bile ada orang tanya sape Fara, sume buat muka blur. Fara mane eh? Atiqah Farah ke? Bukan. Farrain. Farrain? Sape tu? Macam pernah dengar je nama tu tapi sape eh? Bengang nya lah aku yang kat sebelah ni kan. Bila bagitau i'm that FARRAIN, dorang buat muka 'owh. Name kau Farrain eh?' Rasa macam nak lempang je muka sekor-sekor. Ada sekali tu, aku call classmate aku nak tanya pasal assignment. Dia tak save number aku, so for sure la dia akan tanya aku sape kan. Bila aku cakap aku FARA, dia kata tak kenal and terus letak phone. Berangin nye aku. Aku try call lagi. Lama gila kot dia nak angkat. Bila angkat, nak marah-marah aku lak. Then aku kata aku MUCHUK, dia boleh cakap, 'la ko ke chuk. cakap la Muchuk. ni ko cakap Fara, mana la aku nak kenal.' ko memang hampeh mat. free-free je ko maki aku kan. Nasib baik aku bukan pendendam. Kalau tak, memang kau tau langit tnggi ke rendah. haha.

Sekarang takde sape yang panggil aku Muchuk except member-member masa dekat Kptm Bangi. Rindu pulak.

Ohh ye, hencek-hubby also used to call me Chuk dulu. And i miss so much the way he call me Chuk. Dia suke panggil meleret-leret. So manja-manja gedik. And tak sangka orang yang i used to go to lepak same-same, gi uptown same-same, gi berjimba-ria same-same, now become MY ARJUNA. Kelakar bila ingat-ingat balik.

Memories. Kadang-kadang buat kita gelak, kadang-kadang buat kita sebak, kadang-kadang buat kita rasa mcam nak sepak-sepak. Eh, tiba-tiba jadi macam pantun pulak. haha






Sampai ketemu lagi,
Wassalam (",)

Thursday, April 19, 2012

Nae Sarangi

2 March genap 2 tahun aku dengan hencek-hubby. Cepatnye masa berlalu. macam baru semalam aku kenal hencek-hubby. Macam baru semalan kitorang malu-malu bila dating. ngeh3x

Tapi kenapa aku tak rasa macam kitorang dah 2 tahun? Rasa macam baru 2 bulan. Maybe sebab kitorang jarang jumpa kot. *ade kaitan ke?* Yela, bila jarang jumpa and dapat jumpa sesekali, ofkos every second count. Nak make sure every second valuable and memorable , yang boleh di kenang-kenand di ingat-ingat bila rindu. *sila muntah. hehe *

Ofkos banyak beza masa awal bercintun dengan sekarang. Dulu memang jarang gaduh. Eh, ke tak pernah gaduh? Nak dengar hencek-hubby cakap I LOVE YOU dan ayat-ayat romantika yang lain memat sangat lah susah dan mustahil. Sebab hencek-hubby sangat lah brutal orang nye. bagi die, tak sume perasaan perlu dicakap. ade perasaan yang kita just perlu rasa. dulu masa mula-mula memang rasa tak oleh nak get along. maybe sebab dah biasa dimanjakan.*tolong jangan jeles*

lau dulu jumpa malu-malu je. nak makan pun malu-malu. tapi sekarang takde dah istilah malu tu.kalau seminggui tak jumpa pun dah rindu. tapi sekarang baru jumpa 5 minit dah tanye bila nak balik. bukan main langsi. dulu kalau hencek-hubby cakap pape yang mengguris perasaan, bukan main lama lagi sentap nya. Tpi sekarang kalau kena maki siap boleh gelak lagi. saiko kan? dah takdo dah sayang-sayang manja dah. sekarang u dengan peti ais rumah i dah sikit lebih kurang. kurang asam kan? tapi yang pelik nya aku boleh gelak lagi. takde efek pun. haha

Pape pun, i love u b.

My Aaron Aziz (^_^)



Ima kata kitorang macam one happy family. InsyaALLAH nanti anak-anak burung tu akan digantikan dengan anak-anak manusia ye Far Ima (^_^)

Thursday, March 1, 2012

MEMORIES

Aku rindu mase dekat Muadzam. Sumpah rindu. There's a lot of thing that i want to tell. Tapi bukan sekarang. InsyaALLAH one day.



Mereka kesayangan saya selamanya.


Owh, harini genap dua tahun aku dan hencek-hubby bercintun. Syukur Alhamdulillah. Macam-macam yang jadi dalam tempoh dua tahun ni. 



My beloved hubby


Next entry aku cite pasal anniversary. Entry ni just nak bagitahu how much i miss memories in muadzam with 'them'. Aku janji one day, aku akan bagitahu ape yang sepatut nye korang tahu. Thanks for being my friends, FAHIMAH and ADAH HASHIM.






Sampai ketemu lagi,
Wassalam (",)

Monday, January 16, 2012

U know how to make me love you :)

Hari ni keje tak rase macam keje pun. Sebab hari ni banyak dengar ceramah je. Dah macam student pulak aku rase. Just buat semakan sebab data baru tak dapat lagi. So duk melangut je le. Tapi serius best. Tapi tak tau la lama-lama nanti kan. hehe.

Gosh. Pinggang aku sakit gila. Sebab duduk je kot. Argh abaikan. Aku nak cite pasal bertapa SWEETnya my hencek-hubby. Aritu aku excited gile nak apply job kat majlis perbandaran kajang. Tapi bukan yang tukang angkat sampah tu ye. Ape ko ingat asal majlis perbandaran je ade kaitan dengan sampah la? Tolong jangan narrow minded sangat boleh tak. gile poyo kau. haha. Aku apply position as Pembantu Tadbir. Dia nak 12 horang kot. So aku rasa aku memang ada potential sangat-sangat. gile konfiden kan. adeakukisah#

Aku pun dah deal la dengan hencek-hubby. Mintak dia tolong amik kan borang pastu aku siap kan sume document yang diorang nak. Then arini bajet nak gi kajang la bagi kat hencek-hubby. So Selasa dia dah boleh tolong anta kan. Aku punya gelojoh siap suruh Fifi sekali apply. Sekali Fifi mesej tanya tak macam job tu untuk orang Selangor je pulak kan. Pastu aku baca-baca balik, dia tulis warganegara (keutamaan kepada warga Selangor). Damn. Aku terus 'WTF'. Pastu tanya hencek-hubby. Dia cakap memang la u tak baca ke. Hello, i excited sangat sampai tak nampak. Terus down gila. Nak nangis kot. gedikgilakau#

So harini aku gi keje tak bawak la documents yang nak bagi kat hencek-hubby sebab bajet kansel application job tu. Sekali time lunch hencek-hubby cakap dia dah beli borang tu. Aigoo aku tak bawak kot documents tu. So, what happen next? Opkos le makcik kena bebel. Dah salah kan, so diam je la. Takkan la hencek-hubby bebel, aku nak menjawab. Memang mendapat le jawabnye. Dah la kau salah, pastu kau nak lebih-lebih macam bagus. Kang ni makan dia.

So decide anta documents tu Selasa je. Tapi time aku nak balik, hencek-hubby cakap lepas habis kelas dia datang seremban anta borang. Pukul 7 lebih camtu dia called aku suruh tunggu kat terminal one sebab dia nak anta borang tu untuk aku isik and amik all the documents. Dalam pukul 8 dia sampai. Kitorang gi makan tapi dia je pun yang makan then aku isik borang tu. Dia anta aku balik umah amik all the documents. Lepas dah settle sume nya, dia gerak balik Kajang balik. Dia buat aku serba salah gila sebab dah menyusah kan dia. In the same time, rasa terharu gila sebab dia sanggup bersusah payah sampai camtu sekali.

Hencek-hubby banyak support aku in everything i do.Yes, memang mulut dia kadang-kadang or maybe all the time langsi, tapi aku suka. haha. Macam sekarang ni aku tengah carik keja goverment, dia la yang selalu suruh aku bukak laman web tu la ni la, apply tu la ni la. Dia seorang yang sangat memahami, supportive and matured. hencek-hubby selalu cakap aku tak berapa nak dewasa. :( kalau matured yang u maksud kan adalah seperti u, i x nak. Sebab i x nak orang anggap i lebih tua dari usia






B. I sanggup buat apa je untuk u. Sebab i tau i dah banyak susah kan u. U jangan risau. Untuk balas segala kesusah-payahan u untuk i selama dua tahun ni, I berjanji i akan keja kuat-kuat, kumpul duit banyak-banyak. Lepastu kita kahwin ea. Even i kena tanggung u pun i tak kisah asalkan u kahwin dengan i. haha (",)




















Sampai ketemu lagi,
Wassalam.