Friday, January 13, 2012

Hijrah

Maal Hijrah dah berkurun dah. Tapi baru nak wat entry pasal hijrah. Gila out-dated doh kau. Hello, ade aku kisah?
Bagi aku setiap hari adalah hari penghijrahan bagi semua orang. Sila setuju :)

Setiap penghijrahan atau perubahan kena ada pengorbanan. Nak berhijrah dari free hair ke bertudung pun kena ada pengorbanan. Kena korbankan baju-baju yang seksi meksi. Bak kata member aku si Liza, nak pakai tudung first kena ada modal. Yelah, nak beli tudung kan guna duit. Kau ingat kau gi mana-mana kedai tudung, kau tayang muka kau yang konon hot tu, kau dah dapat selori tudung free? Non-hado.

Macam aku time kat muadzam dulu, setiap kali pergi pasar hari sabtu WAJIB bagi aku beli sehelai selendang. Macam banyak nau duit aku kan nak setiap minggu beli selendang. Ala beli yang 10 hengget sudah. Beli yang mahal-mahal buat pe. Bukan nya orang datang kat kau tanya harga selendang kau bape hengget pastu bila kau cakap kau beli 10 hengget dia pandang kau macam kau sengkek plus jijik gila. Hellooooo jangan paranoid boleh??

Selain dari beli sendiri, aku selalu pinjam member-member je. Member lah yang banyak motivate aku untuk berhijrah. Alhamdulillah, diorang sangat-sangat sokong aku. Mula-mula memang rasa macam 'Eh, nanti apa diorang pikir bila aku tiba-tiba pakai tudung.' 'Agak-agak diorang ingat aku ni ada kanser tahap akhir and tunggu masa je tak? Ok ni aku terpengaruh dengan samarinda tv.' Tapi sampai bila nak amek pusing cakap orang kan? Buat pekak sudah. Apa yang penting? Bukan kerjasama tapi tepuk dada tanya selera.




Sampai ketemu lagi,
Wassalam (",)

No comments:

Post a Comment