Maybe ramai yang kahwin sebab nak always dekat dengan yang tersayang, nak menghalalkan apa yang haram. Tapi ramai tak yang kahwin kerana Allah? Aku mengaku bila tengok wedding orang, aku jadi tak sabar gile nak tunggu turn aku
Tapi one day bila aku baca satu artikel pasal erti sebenar akad nikah, aku jadi macam curious. Betul ke secara spiritual nye aku dah totally ready tok jadi bini orang.
Selalu orang akad nikah sebut "Aku terima nikahnya ayang-gula-hatiku (bukan nama sebenar) dengan mas kahwin nye RM100 tunai." Dengar macam senang kan? Tapi korang tau maksud tersirat disebalik lafaz akad tu? Tak tau? Haaaaa meh ceq nak habaq mai.
Akad nikah dalam erti kata yang sebenar ialah : "AKU TANGGUNG DOSA-DOSA AYANG-GULA-HATIKU (bukan nama sebenar) DARI IBU BAPA NYA, APA SAJA DOSA YANG DIA BUAT, DARI DEDAH AURAT HINGGA KE TINGGALNYA SOLAT, AKU TANGGUNG DAN BUKAN LAGI IBU BAPA NYA TANGGUNG DAN AKU TANGGUNG SEMUA DOSA BAKAL ANAK-ANAK KU. KALAU AKU GAGAL, MAKA AKU FASIK, DAYUS DAN AKU RELA MASUK NERAKA DAN MALAIKAT ZABANIYAH MELIBAS AKU HINGGA PECAH BADAN KU."
Korang sanggup nak biarkan laki-laki korang tanggung dosa-dosa korang? Aku sendiri admit aku sangat banyak kelemahan dan kekurangan. Aku sangat banyak dosa dan masih lagi mementingkan keseronokan duniawi dari kenikmatan syurgawi. Aku masih lagi mementingkan potongan rambut yang in dari memilih hijab-hijab yang mampu menutup ape yang tidak sepatutnye dipertonton kan. Aku masih lagi memilih design baju yang chick, bodyfit dari memilih baju-baju yang longgar but yet trendy. Sebab tu aku nekad sebelum aku kahwin aku nak lengkapkan diri aku dengan ilmu agama secukup nya. Sebab aku tak nak laki aku, orang yang aku sayang menanggung dosa-dosa yang aku buat. Dan aku sedang ke arah tranformasi diri kerana aku terlalu sayang kan ayah aku dan bakal laki aku. Sokongan dari keluarga dan kawan-kawan sangat aku dambakan. Semoga yang terbaik menjadi milik kita. Amin.
Gila berbunga ayat aku untuk post kali ni kan? Hehe
Sampai ketemu lagi,
Wassalam (",)
No comments:
Post a Comment