Friday, August 5, 2011

KENAPA ALLAH TEMUKAN KITA DENGAN ORANG YANG SALAH



Salam Ramadhan korang. ^_^

Entry lepas kita cakap pasal JODOH. Entry kali ni aku nak share something yang ada kena mengena dengan jodoh jugak. Pada sapa-sapa yang jiwa tengah serabut pasal cintan-cintun, anda sangatlah digalakkan membaca entry ini. 


Tipu lah kalau aku tak pernah rasa jiwa serabut bila gaduh dengan bf. Masa tu nak pikir pun tak boleh, kan kan? Bila hati tengah celaru, memang taklah nak dengar nasihat ni semua. Betul tak? Takyah nak membongak la. Masa tu korang just pikir pasal emosi korang. Korang just pikir korang taknak kehilangan partner korang. Aku rasa korang dan aku sendiri lupa pada something. Apa something tu? Teruskan membaca wahai sahabatku :)


Korang tahu tak yang 
ALLAH memang sengaja menemukan kita dengan orang yang salah
supaya kita dapat menjadi penilai yang baik


memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah
supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yang sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.


memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah
supaya kita dapat kasih sayang yang terbaik, khas untuk diri kita.


memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah
supaya kita sedar bahawa ALLAH Maha Pemurah & Penyayang
kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yang hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa hadapan.


memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah
supaya kita dapat mengutip pengalaman yang tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.


memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah
supaya kita jadi manusia yang hebat jiwanya.


memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah
supaya kita lebih faham bahawa cinta yang terbaik hanya ada bersama ALLAH.


memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah
supaya kita lebih mengenali kehidupan yang tak selamanya kekal.




Kita jugak lupa bahawa semua ini hanyalah dugaan ALLAH pada kita, hambaNYA. Kawan aku pernah cakap. ALLAH takkan uji kita sekiranya ujian itu diluar kemampuan kita. 


Jadi dalam bulan mulia ni, yok kita sesama muhasabah diri. 












Sampai ketemu lagi. Adiosa. Salam Ramadhan ^_^

1 comment: