Tuesday, August 2, 2011

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan

Salam ramadhan korang. sekejap je masa berlalu kan. nanti dah nak raya pulek. baju rayo bolom boli laie. nak mintak ibu la. kalau ibu tanya gaji mane? nanti jawab la gaji nak simpan tok kawin. mesti ibu tak marah malah ibu akan memuji aku sebab pandai simpan duit. ngeh3x.

ok. tolong jangan mulekan penyakit gatal disorder kau pompuan -___-

entry kali ni aku nak share pasal experienced aku time pose kat muadzam. super duper best doh. experienced yang aku takkan dapat kat kedai serbaneka yang jual barang sukaneka. oke stop merapu merepek dan sebagainya.
time pose time tu la dorang nak buat exam. exam midterm kalu tak salah. oleh kerana nak tunjuk contoh yang baik pada adik adik yang lain oh, saya tao saya seorang kakak yang sangat bertanggungjawab. muahaha tangan sebelah suap nasik, sebelah lagi selak buku. mata pandang buku. oleh kerana nawaitu nak study sebab nak bajet bagus, saya telah tergigit cili. cili api yang gile pedas tu. lantas tanpa toleh belakang lagi, menggelupur le carik air. damn.

lagi satu dugaan bulan pose tahun lepas ialah saya kena banyak bersabar. roomate saya sangat susa untuk dikejut ye kawan kawan. sampai kan aku kena kejap kejap bangun sebab nak kejut si roomate. ikut hati kalau aku kejut dua kali tak bangun, tak kose aku nak kejut dah. ko sahur pagi esok le gamaknya. tetapi, oleh kerana hati saya sangat baik, maka saya kejut kan jua walaupun tak ikhlas. muahaha. akhirnya rahsia musuh berada di tangan ku. hahahaha gelak syaiton teww si roomate sendiri yang reveal kan kelemahan dia. so aku just grab the opportunity. tak bole la nak salah kan aku. still nak defend diri. haruslah. muahaha nenek si roomate kejut dia bangun sahur dengan cara TUTUP KIPAS. aku pon terus lah praktik kan. dan aku berjaya. ngeh3x. since that day, aku terus setia dengan taktik tu tok kejut si roomate. muahaha

lagi satu dugaan puasa last year is, aku balik raya mase 2 hari lagi nak raya. gile kan? aku tao la aku student harapan, tapi tak yah la seksa mental aku. aku dengan si roomate balik lambat sebab one of our lecture nak bagi test. and sape yang datang akan dapat extra mark. dengar dapat extra mark, sanggup balik lambat. biasa lah. kitorang kan tamak. muahaha. suppose kitorang dah cuti tapi tah macamane management cancel kan cuti. so tak boleh la cuti awal. sape sape yang bega, diorang pedulik hape, diorang cuti jugak. tapi aku dengan si roomate budak baik, so kitorang ikut kan je. padahal macam macam kau maki management. muahaha mase budak sume da balik aku rase aku dengan si roomate je yang ade kat kolej tu. so ape lagi. kitorang buat la kolej tu macam kitorang punye. malam malam bukak lagu raya kuat kuat sebagai tanda protes sebab tak boleh cuti awal. dah lah balik kampung naik bus. memang betul betul rasa macam perantau. ngeh3x. dalam bus pulak pakcik driver tu boleh bantai bukak lagu raya, lagi le tak sabor aku nak sampai seremban. rasa macam nak nangis guling guling dalam bus tu suruh pakcik driver speed macam kete F1.

damn. aku sangat rindukan suasana tu T_T




sampai ketemu lagi. adiosa ^_^

No comments:

Post a Comment